berita

“Mana Mungkin Saya Berparti Begitu” – Emma Maembong

February 5th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2013-02-05 at 6.54.55 AMKalau sudah menginjak industri hiburan, tak sah lah kalau segala perbuatan atau pun sejarah tak dikorek peminat. Ada saja yang tak kena dimata mereka.

Sejak awal pembabitan Emma Maembong lagi, sudah bersepah gosip-gosip yang tidak baik dan kisah-kisah yang memberikan impak negatif kepadanya. Terbaru, pelakon yang bakal menginjak umur 21 tahun ini telah menafikan tuduhan terhadap dirinya yang mengatakan dia telah kembali ke perangai lama.

“Saya tidak terlibat dengan mana-mana parti. Gambar yang kononnya memperlihatkan saya sedang berseronok itu hanyalah gambar dengan peminat,” jelas Emma dipetik dari Utusan.

Emma turut memberitahu bahawa dia terkejut dengan gosip yang tersebar itu dan menegaskan dia kini hanya sibuk dan fokus dengan kerjayanya.

“Saya sebenarnya terkejut dengan kontroversi terbaru ini. Kalau diikutkan keadaan saya dalam gambar tersebut tidaklah begitu seksi. Saya memakai cardigan panjang, mana mungkin saya berparti begitu.

“Malah dengan kesibukan saya kini, kisah mahu berparti atau apa memang sudah lama saya tinggalkan. Tumpuan saya kini hanya untuk bekerja.”

Sebagai seorang yang masih muda, Emma tetap mengekalkan janjinya pada peminat untuk berubah dan menjelaskan gosip ini cuma salah faham.

“Jangan risau, saya masih pegang janji dengan peminat saya untuk berubah. Apa yang berlaku itu hanya salah faham.”

SKIP THIS AD ×