berita

Mangsa Serangan Masjid Christchurch Mohd Haziq Selamat Dikebumi Hari Ini

March 21st, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Menerusi Astro Awani, mangsa serangan di masjid Christchurch, Mohd Haziq Mohd Tarmizi yang disahkan meninggal dunia semalam telah selamat dibumikan hari ini. Selepas waktu Zohor (waktu tempatan) arwah dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley Di Linwood, Christchurh.

Bapa mengiringi jenazah

Sewaktu pengebumian jenazah arwah Mohd Haziq diiringi oleh bapanya sendiri, Mohd Tarmizi yang turut disertai oleh ratusan umat Islam dari Malaysia, Iran dan Afghanistan. Dilaporkan ibu dan kakak arwah mengambil keputusan untuk tidak berada di tempat pengebumian kerana ingin bersendirian dan akan menziarahi pusara anaknya itu kelak.

Hormat privasi keluarga

Suruhanjaya Tinggi New Zealand meminta agar semua pihak menghormati privasi keluarga arwah dan tidak bersikap memaksa untuk mendapatkan maklumat pada masa ini.

Ucapan takziah dari rakyat Malaysia

Sumber: Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×