berita

Mangsa Terakhir Keracunan Karbon Monoksida Sedar Daripada Koma, Angguk Kepala Tanda Kenal Ahli Keluarga

September 25th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, viral mengenai kisah kegembiraan empat sahabat bertukar tragedi ngeri apabila tiga daripada mereka meninggal dunia kerana lemas terhidu karbon monoksida.

Artikel berkaitan: Enjin & Aircond Dihidupkan, Dua Wanita Meninggal Dunia Akibat Lemas Di Dalam Kereta

Menerusi laporan Harian Metro, seorang mangsa yang kritikal iaitu Nor Aqilah Mohd Safwan, dilaporkan sudah sedarkan diri daripada koma selepas seminggu menerima rawatan.

Berada dalam keadaan stabil

Alhamdulillah, polis menerima maklumat Nor Aqilah sudah sedar daripada koma dan dia mengangguk kepala tanda mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, alat bantuan pernafasan yang digunakan Nor Aqilah telah dicabut oleh pasukan perubatan apabila dia sudah berada dalam keadaan stabil. Tambah beliau, gadis itu mengenali semua ahli keluarganya semasa sedar daripada koma.

Tertidur di tempat letak kereta

Terdahulu, keempat-empat mangsa, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri serta dua beradik kembar Nor Adilah dan Nor Aqilah yang masing-masing berusia 21 tahun, berhenti rehat dan tidur di sebuah stesen minyak sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Kesemua mereka yang merupakan pelajar kolej kejururawatan ditemui tidak sedarkan diri oleh salah seorang bapa mangsa. Ketika mereka berempat ditemui, salah seorang mangsa dipercayai sudah meninggal dunia. Manakala, seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Tidak lama selepas itu, mangsa ketiga dilaporkan meninggal dunia ketika dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×