Asia’s Got Talent sebuah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan peserta di rantau Asia. Mereka perlu mempersembahkan sesuatu yang menarik untuk memikat hati juri tetap David, Anggun dan Jay Park untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Jika sebelum ini, kumpulan Nama dari Malaysia telah memukau para penonton dan juri dengan nyanyian acapella berkumpulan, kali ini giliran seorang remaja berusia 15 tahun pula membuatkan para juri ‘pening kepala’.
Budak kalkulator
Menerusi video Asia’s Got Talent, remaja yang dikenali sebagai Yaashwin Sarawanan, yang berasal dari Kuala Lumpur itu mengejutkan para juri dengan kehebatannya dalam pengiraan angka tanpa menggunakan kalkulator. Remaja itu telah membuatkan David Foster tercengang apabila membuat hitungan dan meminta juri tersebut menggunakan kalkulator bagi menyemak setiap angka yang disebutkan.
Pengiraan yang tepat
https://www.instagram.com/p/ButToUvn-uY/
Ternyata, pengiraan yang dilakukan tanpa sebarang bantuan adalah tepat. Kesemua juri dibekalkan dengan kalkulator untuk membuktikan kesahihan pengiraan remaja tersebut. Remajja tersebut secara tidak langsung telah digelar Human Calculator kerana kehebatannya menghitung dan mencongak angka dengan mudah.
Tahniah! banggakan Malaysia
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga terhadap remaja tersebut kerana mengharumkan nama Malaysia.
Sumber: Asia’s Got Talent & Yaashwin