berita

‘Manusia Nggak Sedar Diri’ – Tak Mengaku Berdarah Indonesia, Agnez Mo Dikecam Lupa Daratan

November 27th, 2019 | by faris
Kini Trending

Nama Agnez Mo pernah meledak di Malaysia dengan lagu berhantunya, Matahariku, sekitar 2009. Malahan, lakonannya menerusi sinetron Ku T’lah Jatuh Cinta turut ditunggu-tunggu peminat setiap kali bersiaran. Terbaru, kenyataan selebriti yang melebarkan sayap ke Amerika Syarikat ini membuatkan ramai panas hati, terutamanya rakyat Indonesia.

Ditemubual Kevan Kenney

Agnez dalam satu temubual bersama Kevan Kenney di Yahoo’s BUILD Series bercakap mengenai lagu barunya, Diamond. Turut dibicarakan adalah soal kehidupan peribadi dan kariernya.

Kevan kemudian bertanya kepada penyanyi itu mengenai kepelbagaian budaya di Indonesia dan mengatakan betapa Agnez agak berbeza dengan orang lain di dalam negaranya. Agnez kemudian berkata dia tidak ada latar belakang asal Indonesia sedikit pun.

Saya sebenarnya tak ada darah Indonesia langsung. Saya sebenarnya berdarah Jerman, Jepun, Cina, saya hanya dilahirkan di Indonesia. Saya juga penganut Kristian, yang mana Indonesia mempunyai majoriti Muslim terbesar.

Jadi saya macam, tak adalah saya cakap saya bukan berasal dari sana, ini kerana saya rasa orang sana menerima saya seadanya. Tapi kadang-kadang macam ‘Saya tak macam orang lain’.

Dikecam rakyat Indonesia

Kenyataan Agnez itu mendapat kritikan dan kecaman hebat rakyat Indonesia yang begitu terkenal dengan semangat kenegaraannya. Mereka menganggap kenyataan penyanyi itu sebagai tidak menghormati peminat Indonesia dan lupa diri, apatah lagi selebriti itu menempa nama di sana.

Tinggal diusir saja

Sumber: Runturambi

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×