Sebelum ini, suami kepada Shila Amzah yang juga pempengaruh media sosial iaitu Ubai MZ telah memberi amaran kepada adik iparnya, Shafiq supaya tidak menyentuh isterinya lagi.
Artikel Berkaitan: ‘Kau Jangan Cuba Lempang Isteri Aku Lagi’ – Ubai MZ ‘Warning’ Adik Lelaki Shila Amzah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Lelaki Sulung Dakwa Shila Amzah Terajang Pintu, Pernah Janji Tak Akan Jual Rumah Pusaka – ‘Dia Ingat Duit Boleh Bawa Mati’
Artikel Berkaitan: ‘Kau Ingat Aku Takut Ke Kau Nak Sepak Muka Aku Lagi?’ – Shila Amzah ‘Meletup’ Adik Lelaki Reka Cerita Isu Jual Rumah
Terbaru, Ubai mendedahkan Shafiq seorang yang biadab kerana melibatkan arwah ibunya.
Saya ingat sampai sekarang
Menurut Ubai, Shafiq pernah memberi peringatan buat dirinya supaya mengajar Shila dan bagaimana menjadi seorang suami.
Satu benda yang saya ingat sampai sekarang dia cakap adalah Ubai kau ajar sikit bini kau, mari sini aku ajar kau macam mana nak jadi suami. Kau pun mak dah meninggalkan.
Tambah Ubai, dia memberitahu Shila berhubung hal tersebut dan menganggap Shafiq sudah keterlaluan.
Saya rasa ini dah melebih-lebih. Saya fikir nak tutup mulut dia tapi tak boleh ketika itu. Jadi saya cakap kepada isteri bahawa adik dia sudah keterlaluan.
Sudah tiba masanya saya mengeluarkan kenyataan kerana isteri saya sudah hadap benda ini lama.
Terdahulu, Ubai meluahkan rasa geramnya itu menerusi hantaran di platform X pada Selasa.
Sekadar info, perbalahan antara adik-beradik Shila bermula selepas adiknya yang juga penyanyi Syada Amzah mendakwa ada seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.
Syada mendakwa mereka sekeluarga seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya sebagai haiwan jalanan.
Bagaiamanpun, Shila menjelaskan tujuan dia mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo baharu buat keluaraga. Namun kenyataan penyanyi berusia 33 tahun itu diselar dan dinafikan oleh Shafiq serta Syada.
Sumber: Astro Gempak