Ingat lagi kontroversi yang melanda pelakon jelita lagi menggoda iaitu Maria Farida? Ala, yang dia dok tayang bikini dalam Instagram tu.
Kalau baca diruangan komen Instagram miliknya, ramai yang turut sama memilih bikini yang sesuai dipakai oleh hot mama ini. Malah, ada juga yang marah, mengutuk dan menasihati wanita jelita ini.
Artikel berkaitan:
Kesempatan bertemu Maria di Majlis Berbuka Puasa Air Asia kami gunakan untuk bertanya mengenai kontroversi ini. Maria pun nampaknya masih geram dengan perangai netizen yang tak habis-habis nak mempersoalkan perkara tersebut.
Inilah dia foto yang mengundang kontroversi tu
Menurut aktres yang popular dengan filem ‘Datin Ghairah’ ini, dia menganggap individu yang mengutuk dan memberikan komen negatif sebagai golongan yang suka mencari salah orang.
I tak padam gambar tersebut, gambar tu tak bersalah, bukannya I pakai atau tayang badan I. Isu yang jadi ini kerana orang luar yang masuk instagram I.
Mereka bukan followers I. Malah, I kenal my followers, mereka ini jenis yang civilized. Orang yang cakap merepek ni adalah golongan orang yang suka cari kesalahan artis.
Menurut hot mama ini, dia tidak boleh berbuat apa-apa apabila ada individu yang memberikan komen lucah, yang boleh dilakukan adalah menyekat mereka dari akaun Instagramnya.
Tak boleh nak buat apa bila mereka komen lucah, block jelah. Teguran yang elok I simpan, yang mengarut semua I padam. I pun tak faham dengan mereka ni, ada juga yang konon-konon alim.
Nak berlagak alim sangat padahal apa yang mereka buat mengutuk, menghina, mengaibkan. Itu bukan cara islam. Islam tak mengajar nak kutuk orang atau cari pasal dengan orang.
Ada juga yang komen suruh saya buat solat Istikharah. Mereka sedar tak benda ini tak boleh dibuat main, ia tentang perkara serius, bukan pasal bikini! I know my limit janji I tak tunjuk benda bukan-bukan.
Kalau nak tahu, Maria sendiri sudah lali dengan imej seksi yang sering diberikan kepadanya. Malah, walau apa yang dipakai sekalipun, dia tidak boleh lari dari jolokan tersebut.
Tak mengapalah Maria, yang buruk jadikan sempadan, nasihat yang baik sebagai pedoman. Tak gitu? Apapun, kami sentiasa mendoakan keberkatan hidup Maria sekeluarga.
Kredit Foto : Instagram Maria Farida