berita

Maria Farida Tayang Bikini Di Instagram. Motif?

June 16th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

maria_farida_01

Siapa yang tak kenal dengan pelakon jelita lagi menggoda iaitu Maria Farida kan? Dia ni, bukan sahaja pernah digosipkan bercinta dengan artis muda, malah pelakon jelita ini juga terkenal dengan imej seksi.

Baru-baru ini, kami sajalah intai sikit laman sosial Instagram miliknya, maklumlah, laman sosial kan satu medium untuk tau perkembangan artis.

Tiba-tiba, terkejut, terkedu dan terkesima kami apabila melihat sekeping foto yang telah dimuat naik oleh pelakon berwajah awet muda ini.

bikinimariafarida

Kalau nak tahu, pelakon yang popular dengan filem ‘Datin Ghairah’ ini telah berkongsi sekeping gambar pakaian mandi atau lebih tepat sekali bikini!

Alamak! apa nak jadi ni. Dah tak ada gambar lain ke nak ditunjukkan? Melalui kapsyen yang ditulis, Maria seolah-olah keliru untuk memilih mana satu bikini yang sesuai untuknya.

Hmm, kami pun apa lagi, terus baca komen-komen peminatnya dan ternyata ramai pula jejaka yang teruja untuk memilih warna bikini yang sesuai untuk hot mama ini.

Malah, bukan itu saja, ada juga beberapa pengikutnya yang megeluarkan bait-bait perkataan yang boleh dianggap lucah dan tidak senonoh.

Pada kami, kot iya pun nak bercuti dengan bikini, rasanya tak perlu muat naik foto seperti itu kerana ianya hanya akan mengundang fitnah. Lagipun, tak manis kan seorang wanita berbuat demikian.Tak gitu?

P/S: Bukan nak jadi ustazah, sekadar menasihati sesama kita :)

SKIP THIS AD ×