berita

Markah Sama Syamel, Ernie Dalam Immortal Songs Buat Fauziah Latiff ‘Pening’ Pilih Pemenang!

October 12th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam telah berlangsungnya episod terakhir bagi rancangan ‘Immortal Songs’ yang menampilkan artis lagenda tanah air, Fauziah Latiff lebih mesra dipanggil Kak Gee sebagai karyawan muzik pada minggu itu. Masing-masing teruja di episod kali ini memandangkan semua artis berentap pada minggu ini hebat-hebat belaka.

Artikel Berkaitan : Ramai Teruja Nak Tengok Pasangan Erni & Syamel Berentap Di Immortals Songs, Siapa Agaknya Lagi ‘Power’?

Minggu terakhir menyaksikan Kak Gee pening nak pilih pemenang. Betul ke? Memang sengit betul kalau dah ada peserta yang mendapat markah sama.

Erni dan Syamel saingan sengit

Pada episod kali ini menyaksikan saingan sengit antara pasangan berdarah manis Erni Zakri dan Syamel. Memang betul tekaan peminat sebelum ini yang meramalkan kedua-dua peserta ini bakal menjadi saingan hebat. Masing-masing berjaya membuat kelainan dalam mengubah lagu asal Fauziah Latiff. Boleh dikatakan minggu ni semua artis berjaya membawa gubahan muzik Kak Gee secara baik sehingga membuatkan Kak Gee tergaman.

Erni Zakri berjaya mengubah lagu ‘Setiaku Korbankan’ genre Balada menjadi sebuah lagu Pop yang sangat ‘fresh’. Beliau berjaya menjadikan lagu ini versinya sendiri sehingga dipuji ramai. Manakala Syamel membawakan ‘Teratai Layu Di Tasik Madu’ yang diubah menjadi ‘Slow Ballads’. Memang luar biasa dengan nyanyian beliau yang bertenaga. Masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam memikat hati juri. Kak Gee sukar membuat pilihan memandangkan kedua-dua persembahan mereka sangat bagus sehingga kedua-duanya mendapat markah sama iaitu 746. Memang sehati sejiwa betul!

Markah keseluruhan

Untuk penyanyi Layla Sania, dia membawakan lagu ‘Gubahan Rindu Puisi Shahdu’ dengan markah sebanyak 598. Adira juga tak kurang hebatnya membawakan lagu ‘Apa Sebenarnya’ versinya sendiri. Semua sedia maklum, Adira sememangnya terkenal dengan lagu-lagu tangkap leleh. Beliau berjaya mendapat markah 590 dan dipuji ramai orang. Semua tergaman melihat gubahan dan lontaran suara Adira.

Manakala untuk tempat keempat berjaya mendapat markah sebanyak 640 iaitu Adzrin yang berjaya membawakan lagu ‘Dia’ yang sememangnya lagu kegemaran ramai. Walaupun lagunya sukar dibawa, namun Adzrin berjaya memukau penonton. Beliau mendapat markah sebanyak 640. Di tangga keempat, Khai Bahar membawakan lagu ‘Enggan’ yang diberi nafas baru genre ‘Jazz’. Memang best sangat, tak hairanlah kalau Kak Gee memuji kesimbangan gubahan melodi yang dibuat Khai Bahar sangat cantik.

Syamel juara episod akhir

Akhir sekali pasangan berdarah manis Erni dan Syamel yang mempunyai markah yang sama sehingga membuatkan Kak Gee pening nak memilih. Kedua-duanya berjaya menambat hati juri dan penonton dengan versi mereka tersendiri.

Namun, akhirnya Kak Gee memilih Syamel kerana persembahan bertenaga sekaligus melayakkan beliau membawa balik wang tunai sebanyak RM 10,000. Maka tamatlah ‘Immortal Songs’ musim ini dengan kemenangan Syamel sebagai Juara.

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×