berita

‘Marketing Murahan’ – Muat Naik Gambar Model Di Tanah Perkuburan, Wanita Ini Dikecam Teruk

November 6th, 2019 | by Azizi Rahman
Isu & Kontroversi

Pada hari ini, ramai individu terutamanya peniaga yang baru cuba memulakan perniagaan mereka sendiri menggunakan pelbagai kaedah bagi mempromosi produk atau perkhidmatan yang sedang dijalankan. Pelbagai kejutan serta kelainan cuba dilakukan semata-mata bagi memastikan produk yang dikeluarkan menjadi viral sehingga kadang-kala terlupa akan batasnya.

Semalam, viral di media sosial seorang individu dipercayai pemilik sebuah busana pengantin yang bertindak memuat naik beberapa keping gambar modelnya bergaya di tanah perkuburan sehingga mendatangkan kemarahan netizen.

Di tanah perkuburan Kristian

Menerusi foto yang tular itu, jelas kelihatan model yang sedang mengenakan pakaian pengantin tersebut bergaya di kawasan tanah perkuburan Kristian.

Bahkan bukan setakat bergambar di situ, model itu juga dilihat dengan ‘selamba’  bertenggek di kubur tersebut dan melakukan sesi fotografi di tempat yang sepatutnya dihormati itu.

Netizen marah

Ternyata langkah yang terlalu ‘luar biasa’ dibuat pemilik busana ini memakan dirinya apabila dia dikecam teruk oleh netizen.

Ramai dari kalangan netizen sendiri berpandangan wanita itu sengaja menggunakan cara publisiti yang murahan bagi mempromosi produknya sehingga sanggup memalukan diri.

Sumber: Facebook Nur Amirah

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×