berita

Marmie Maafkan Ku – Lagu Adam Untuk Bekas Isteri Selepas Bercerai?

May 5th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

adam

Tak sangka tarikh 28 April menjadi detik hitam buat Adam AF dan Fiza Elite selepas mereka disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Menerusi akhbar Berita Harian semalam, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman memberitahu punca utama perceraian mereka adalah kerana tiada persefahaman selepas tujuh bulan hidup bersama.

Dek kerana perpisahan itu, ada pula yang mengandaikan penyanyi dan pelakon lelaki ini mendedikasikan sebuah lagu khas kepada Fiza berjudul Marmie Maafkan Ku.

Screen-Shot-2014-04-30-at-12.04.13-AM

Adam ditemubual media sebaik selepas prosiding perceraiannya tempoh hari

Difahamkan, lagu tersebut merupakan single terbaru Adam yang dicipta oleh komposer seberang, Bajai dan bakal diperdengarkan kepada peminat tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Adam menafikan spekulasi tersebut dan menjelaskan lagu berkenaan tiada kena-mengena dengan kisah rumahtangganya.

Lagu ini saya dapat sebelum berkahwin lagi. Lagipun ia tiada kena-mengena dengan hal rumahtangga saya. Ia adalah lagu mengenai kemaafan dan saya sangat suka lirik dan lagu dihasilkan oleh Bajai ini. Sekarang tidak banyak lagu berentak balada dan saya juga agak lama tidak tampil dengan lagu berentak sebegini.

Dalam pada itu, Adam turut mengakui masih menyanyangi Fiza dan tidak menolak kemungkinan sekiranya mereka merujuk kembali.

Saya akui berat hati ketika mahu menjatuhkan talak, namun redha kerana menganggap ia ketentuan Tuhan. Kami masih ada masa lagi untuk perbaiki dan kalau diizinkan Allah, pada masa depan kami mungkin bersatu semula.

SKIP THIS AD ×