Setelah lebih 7 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya dan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed mempunyai perancangan untuk melakukan rawatan persenyawaan in-vitro atau IVF bagi mendapatkan zuriat.
Artikel Berkaitan: #AJL37: ‘Kembali Terang’ Marsha Milan Buat Penonton Meremang Bulu Roma, Semua Standing Ovation!
Artikel Berkaitan: Marsha Milan Akui Terkenang Nad Zainal Di Pentas SFMM, Dia Mengalir Air Mata Bila Cakap Pasal Anak
Berikhtiar
Ketika ditemui Oh Bulan! di sidang media Kolaborasi Alternate Record Sdn. Bhd. bersama Luncai Emas Sdn. Bhd., Marsha, 38, memberitahu, berdasarkan pemeriksaan kesihatan terdahulu, dia dan suami sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Bagaimanapun, dia mahu berikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Hasil pemeriksaan doktor, kami sihat dan tiada masalah dari aspek kesihatan untuk mendapatkan anak cuma belum ada rezeki saja lagi.
Sebenarnya, kita ada ikhtiar dan cuba beberapa rawatan termasuk tradisional. Saya dah bincang dengan suami, mungkin kita akan ikhtiar lebih lagi tahun ini.
Selepas selesai AJL ni, saya akan cari masa yang sesuai untuk buat rawatan IVF, maklumlah rawatan itu, memerlukan saya bercuti panjang dari aktiviti seni. Saya pun sebenarnya dilema juga nak berehat lama.
Tapi In Shaa Allah, jika semuanya berjalan seperti direncanakan, saya akan mencuba kaedah IVF itu pada tahun ini.
Tetap berserah
Tambah pelantun lagu Kembali Terang ini juga, meskipun dia berikhtiar, namun dia tetap berserah kepada ketentuan Ilahi dalam mengatur rezekinya.
Malah, ketika ditanya sekiranya rawatan berkenaan tidak berkesan, Marsha memaklumkan turut mempunyai perancangan untuk mengambil anak angkat namun masih mempertimbangkan hal itu kerana dia dan pasangan tidak mahu tergesa-gesa.
Suami juga tidak menghalang tetapi buat masa ini. Tapi dia tidak mahu saya berfikir sejauh itu. Apapun, saya ikhtiar dulu dan saya mohon doa daripada semua peminat semoga impian kami untuk memiliki anak sendiri tercapai tidak lama lagi.