berita

Marsha Nyanyi OST Filem Frozen Versi Melayu

November 26th, 2013 | by Ai
Video Popular

Marsha

Bagi kaki wayang yang meminati filem animasi, kami pasti anda sudah tidak sabar menunggu kehadiran filem fantasi terbaru berjudul Frozen bukan? 28 November ini, filem yang turut menyelitkan unsur komedi ini bakal menemui anda di pawagam-pawagam tempatan.

Menariknya, jika lagu Let It Go nyanyian Demi Lovato menghiasi filem Frozen versi Bahasa Inggeris, Marsha pula telah dipilih untuk menyanyikan lagu ini dalam versi Bahasa Melayu yang berjudul Bebaskan.

Semalam, Universal Music Malaysia telah memuatnaik sebuah MV dimana Marsha yang mewakili suara Princess Elsa dalam filem Frozen telah mendendangkan lagu ini dengan penuh mantap.

Marsha

Sedikit sedutan dari MV Bebaskan

Berkonsepkan alam fantasi, Marsha diiringi penari pari-pari kecil tatkala mendendangkan lagu tersebut. Malah, Marsha telah menggunakan 5 persalinan dalam MV ini.

Sebagai tambahan, filem arahan Cris Buck ini mengisahkan tentang penggambaran Puteri Anna, Kristoff, seekor kuda bernama Sven, dan Olaf iaitu orang salji yang mengharungi pelbagai cabaran setelah seluruh negara Arrendell bertukar kepada musim sejuk buat selama-lamanya apabila kakaknya, Puteri Elsa menggunakan kuasa sakti.

Mampukah Puteri Anna mengembalikan negaranya kepada musim asal?  Kalau nak tahu, jangan lupa untuk menyaksikan filem Frozen : Anna & Permaisuri Salji di pawagam-pawagam berhampiran anda.

Apa-apa pun, jom layan MV Bebaskanlah daripada Marsha selepas ini.

SKIP THIS AD ×