berita

‘Masa Pakcik Sedap Hilang Kopiah Tak Ingat Allah’ – Zarina Anjoulie

February 21st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Meskipun sudah mengikut haluan masing-masing selepas putus tunang namun hubungan pelakon Zarina Anjoulie dan Datuk Seri Khazrul Elzey masih tegang.

Artikel Berkaitan: Bekas Tunang Nasihat Zarina Anjoulie Untuk Tidak Meroyan Lagi – ‘Solat, Sebut Nama Allah, Zikir & Selawat’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Harga Pagar Yang Dibayar Bekas Tunang Hanya RM30,000’ – Zarina Anjoulie

Ada hutang

Terbaru, Zarina menegaskan dia tidak pernah meminta wang Khazrul untuk membayar duit pagar. Zarina atau lebih mesra disapa Anju kesal apabila isu ini masih berbangkit sedangkan bukan kehendak dirinya.

Pelakon berumur 35 tahun ini turut mendedahkan rakaman perbualan telefon dengan kontraktor yang mendakwa masih ada hutang RM8,000 yang enggan dibayar oleh Khazrul.

“Kalau saya nak sambung pagar, bakinya berapa? Saya nak tengok bajet, kalau mampu saya nak sambung dengan duit sendiri. Berapa ex saya dah bayar,” tanya Anju.

“Yang ex bayar RM30,000 bukan RM1000,000. Haritu dia berhentikan saya, ada lagi RM8,000 pekerja saya tak dapat gaji. Itu dia kata tak nak bayar,” jawab abang terbabit.

Beli rumah konten saja

Sementara itu, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul mendakwa ‘posting’ Khazrul membeli rumah sebelum ini adalah konten semata-mata.

Pelakon drama Anak Pontianak juga seakan menyindir Khazrul dengan mendedahkan dia mempunyai kunci rumah serta menggelar bekas tunangnya itu sebagai munafik penunggang agama.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×