Pemergian mengejut penyanyi Maya Matahari membuatkan industri hiburan tanah air tersentak dengan berita itu. Paling terkesan menerima perkhabaran duka berkenaan adalah rakan artis, Amyza Aznan yang sempat ke hospital untuk memberi penghormatan terakhir kepada arwah.
Terima kasih sahabat
https://www.instagram.com/p/B94iMDvly30/
Menurut Amyza menerusi satu pos video di Instagram, berterima kasih kepada arwah kerana ‘menunggu’ sehinggalah dia dan Didie Alias sampai untuk mengubat rindu setelah 13 tahun tidak bersua.
Amyza juga menceritakan bagaimana jenazah arwah dikatakan terbuka separuh sebelum dia membisikkan kata-kata kepada sahabatnya itu.
Masa tengok jenazah tu, mata dia terbuka separuh, tapi alhamdulillah selepas saya bisikkan dekat dia ‘Aya (panggilan buat Maya), Mija datang, dia tutup rapat mata dia lepas tu. Akhirnya dapat jumpa dia walaupun dia dah tak bernyawa, hilang rindu.
Jenazah dibawa pulang ke kampung halaman arwah di Machap, Johor pada hari ini 19 Mac untuk urusan pengkebumian.
Sumber: Amyza Aznan