Insiden pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas di Laut Jawa, Indonesia baru ini telah mendapat perhatian dunia. Tragedi malang itu telah menyebabkan 189 penumpang dan anak kapal terbunuh.
Artikel berkaitan: [TERKINI] Mayat Pertama Nahas Lion Air JT-610 Ditemui
Berdasarkan laporan Reuters, pesawat itu menghadapi masalah dalam sistem ‘pitot’ statik iaitu alat membekalkan ukuran kelajuan dan ketinggian pesawat kepada komputer penerbangan. Sehingga menyebabkan pesawat itu terumbang-ambing dan menjunam ketika terhempas ke dalam laut Tanjung Kerawang.
Kami merasai letupan itu
Kejadian pesawat itu terhempas juga disaksikan oleh dua nelayan dan mendengar letupan ketika muncung pesawat menjunam ke dalam laut.
Dari jauh saya nampak ia sudah condong menjunam. Kami boleh merasai letupan dari arus air laut setelah kapal terbang itu terhempas.
Menurut rekod FlightRadar24, pesawat Lion Air JT-610 itu terbang pada malam sebelum hari kejadian dengan keadaan tidak menentu dari Bali ke destinasi Jakarta. Pesawat malang itu mencatatkan penurunan ketinggian mendadak 266 meter dalam 27 saat ketika terbang menaik sebelum stabil dan meneruskan perjalanan ke Jakarta.
Bagaimanapun, juruterbang itu mengekalkan ketinggian pesawat pada 8,534 meter berbanding 10,973 meter bagi penerbangan laluan sama sebelum ini.
Hanya 6 jam pemeriksaan pesawat
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air, Edward Sirait berkata pesawat berkenaan hadapi masalah teknikal semasa penerbangan Denpasar ke Jakarta namun dapat diselesaikan mengikut prosedur. Ahad lalu sebelum insiden itu berlaku, difahamkan Lion Air JT-610 mendarat di Lapangan Terbang Jakarta jam 10.55 malam waktu tempatan dan mengambil masa hanya 6 jam untuk pemeriksaan sebelum berlepas ke Pangkal Pinang pada Isnin.
Tambah Edward Sirait lagi, dia enggan melaporkan masalah teknikal dan penyelenggaraan dilakukan di Jakarta. Dia memaklumkan pihaknya sudah menyerahkan log penyelenggaraan pesawat kepada Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Indonesia (NTSC).
Berdasarkan data FlightRadar24, pesawat itu menghadapi masalah dalam sistem ‘pitot’ statik (membekal ukuran kelajuan dan ketinggian pesawat kepada komputer penerbangan)
Condong ke kiri
Menurut Metro, berdasarkan data FlightRadar24 menunjukkan pesawat berkenaan menghadapi masalah pada minit kedua selepas berlepas dari Jakarta dan ketika itu ianya mencapai ketinggian kira-kira 610 meter. Malah, menurun lebih 150 meter dan condong ke kiri sebelum kembali mendaki pada 1,525 meter.
Kemudiannya pesawat itu terbang laju mencapai kelajuan 345 knots (638 km/j) pada saat-saat terakhir sebelum terhempas sebelum hilang dari radar dengan ketinggian 1,112 meter.