Foto: Sinar Harian
Masalah peribadi dan hutang dipercayai punca seorang pengawal keselamatan dibunuh sebelum mayatnya diletakkan di dalam but sebuah kereta Proton Saga BLM yang diparkir di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama di Sabak Bernam pada 16 September lalu.
Mayat dalam but kereta
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam iaitu Superintenden Robin Guha Thakurta, hasil siasatan membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang juga rakan sekerja mangsa.
Pihak polis juga membuat rampasan pelbagai barangan termasuk tiga bilah pisau dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.
Hasil bedah siasat mendapat terdapat kesan tikaman, kelar serta kecederaan akibat objek tumpul dan keras pada beberapa bahagian badan mangsa.
Susulan daripada itu, suspek yang telah ditahan reman sebanyak dua kali itu akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Selangor bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian, Free Malaysia Today