Lelaki bila pakai kain jenis sarung, mesti ada masalah londeh kan? Sekarang korang semua tak perlu risau kerana PELIKAT KL ada jawapan untuk membanteras masalah kain londeh! Tak percaya? Jom tengok video ni.
https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/videos/255123965379490
Wah! Rasa kagum dan bangga kerana anak muda Malaysia memberi nafas baru kepada pakaian tradisi lelaki Melayu. Kain pelikat siap ada velcro dan tali untuk membanteras masalah londeh!
Yang paling best adalah ianya ada poket! Sebab kita kalau pakai kain pelikat, mesti tak tau nak letak mana handphone atau dompet.
Fesyen Memakai Kain Adalah Normal Untuk Lelaki
(Gambar lelaki memakai kain ala skirt – Credit : Google )
Bila fikir kain je, kita mesti ingat ianya untuk perempuan kan? Pernah tak korang terfikir yang sebenarnya fesyen lelaki memakai kain ala ‘skirt’ dah ada dari zaman dulu lagi?
Kalau kita patah balik sejarah, kaum lelaki memang banyak memakai pakaian jenis kain ala skirt. Contohnya untuk orang lelaki Scotland diorang memakai kain bernama Kilt, lelaki Greek pakai Fustanella dan zaman Firaun dulu pun ada pakai kain yang dipanggil Shendyt.
Kalau tengok yang terdekat dengan kita pula, lelaki Melayu di Malaysia dan Indonesia ada Kain Pelikat, lelaki India ada Dhoti, lelaki Burma ada Longyi dan sebagainya.
Jadi, ini bermaksud memang zaman dulu fesyen lelaki memakai kain adalah sangat normal!
(Gambar lelaki memakai kain pelikat – Credit : Pelikat KL)
Kini Masalah Lelaki Settle!
Dengan adanya Pelikat KL, mungkin fesyen lelaki memakai kain pelikat akan kembali menjadi trend kerana ianya mudah dipakai, mempunyai solusi untuk masalah londeh dan design yang minimalist membuatkan ianya sangat sesuai untuk dipakai di mana-mana saja.
Haa.. Pelikat KL nak bagi voucher khas kepada fans OHBULAN! Jadi korang boleh click LINK ni sekarang juga utk dapatkan voucher bernilai RM90 tau!
Nak tahu lebih lanjut tentang kain pelikat anti-londeh ni, boleh check out website Pelikat KL atau Facebook mereka.
Jangan lupa subscribe saluran Facebook OHBULAN! untuk saksikan lebih banyak video-video menarik kami!