Kecoh sekitar minggu lalu apabila seorang gadis yang dikatakan mirip Fazura didakwa sedang asyik bercumbuan dengan seorang jejaka di lapangan terbang KLIA.
Ramai juga yang was-was dengan spekulasi tersebut kerana agak mustahil selebriti terkenal seperti Fazura akan melakukan adegan panas di khalayak ramai.
Artikel Berkaitan: Sumber : Fazura Didakwa Bercium Dengan ‘Teman Baik’ Di Lapangan Terbang?
Namun, usaha untuk mendapatkan komen berkenaan gosip tersebut gagal kerana pelakon cantik itu kini dipercayai sedang bercuti di bumi Eropah.
Salah satu foto Fazura sedang bercuti di Paris
Menerusi foto yang dimuatnaik dalam Instagramnya, Fazura turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sebuah butik berjenama di ibu kota fesyen, Paris.
Bersesuaian dengan hashtag FazbulousInEurope, kecantikan Fazura sememangnya tidak dapat dinafikan apabila gadis berusia 30 tahun itu tetap tampil menawan tanpa menggunakan sebarang mekap.
Malah, foto dirinya bersama seorang kanak-kanak comel bernama Nur Adelia Ayesha yang dipercayai merupakan anak saudaranya turut menarik perhatian peminat.
Fazura dan anak buahnya di Amsterdam
Mana taknya, dengan mengenakan busana rona yang lebih kurang sama, wajah Fazura dan anak kecil itu dilihat saling tidak tumpah. Malah, aura seorang ibu juga jelas terpancar di wajahnya yang manis itu.
Mana tahu berkat selalu dekat dengan anak buahnya, Fazura akan terbuka hati pula untuk berumahtangga bukan? Apakata jom kita lihat lagi wajah anggun Fazura di bumi Eropah selepas ini.
Kredit foto: Instagram Fazura