berita

Masih Berada Di Tanah Suci, Lana Nodin Doakan Keselamatan Pesawat #MH370

March 11th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

Screen Shot 2014-03-10 at 11.10.06 PM

Umum sudah mengetahui bahawa pelakon kontroversi, Lana Nodin kini sedang berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah sejak minggu lalu.

Artikel Berkaitan: Pelakon Seksi Lana Nodin Berangkat Ke Mekah Hari Ini

Ditemani oleh Lisdawati, Fauzi Nawawi dan juga ahli keluarganya, Lana pernah memberitahu pihak media bahawa selain untuk beribadah, pemergiannya ke tanah suci itu adalah untuk mendapatkan petunjuk mengenai jodohnya.

Mengambil keberkatan Kota Mekah, Lana juga tidak lupa untuk mendoakan keselamatan kesemua penumpang pesawat MH370 dan krew kapalnya yang masih gagal ditemui sehingga hari ini.

MM&I??SALAM…To FIRST OFFICER (CO-PILOT)FARIQ AB HAMID my dear friend n to other crews n passengers, MH370 we pray for your safety here in mecca… Insyaallah amin

Status yang dimuatnaik bersama foto pembantu juruterbang menerusi laman Instagramnya itu nyata telah menarik perhatian para peminat yang juga berharap agar Lana dapat memanjatkan doa supaya pesawat MH370 dapat pulang dengan selamat.

Screen Shot 2014-03-10 at 11.28.14 PM Screen Shot 2014-03-10 at 11.28.29 PM Screen Shot 2014-03-10 at 11.28.46 PM

Diharapkan dengan doa-doa yang tidak putus daripada seluruh pelusuk dunia, pesawat MAS itu akan dapat dijumpai bersama semua 239 orang penumpangnya dalam keadaan yang selamat.

Sementara itu, OHBULAN! juga turut berkongsi beberapa keping foto Lana di tanah suci tersebut. Semoga Lana dapat mengerjakan ibadah Umrah dengan sempurna.

 

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×