Pelakon Fasha Sandha membuktikan dia masih relevan biarpun ada bintang seangkatannya sedang bergelut untuk bertahan serta bersaing dengan pendatang baru.
Artikel Berkaitan: Sepanjang 16 Tahun Tak Pernah Lewat ‘Call Time’, Fasha Sandha Percaya Disiplin Kunci Kekal Relevan
Cari simpanan untuk anak
Masih diberi peluang untuk menerajui watak utama, Fasha, 38, menganggap tawaran itu sebagai rezeki untuk anak-anak.
Kata pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, tidak timbul langsung isu dia tidak memberi peluang kepada pelakon baharu.
Saya memandang ini (tawaran kerja) positif walaupun sebenarnya saya penat dan rasa perlukan rehat. Tapi, apabila dapat sesuatu naskhah dan skripnya pula bagus, saya jadi sayang nak tolak.
Saya fikir nak bercuti, tapi bila cerita dan watak itu memang sesuai dengan saya dan rezeki anak-anak untuk saya buat simpanan, tak apalah kerja dulu. Sampai masa suatu hari nanti, saya boleh rehat.
Fasha ditemui ketika sidang media drama terbaharunya, Khilaf Asmara yang diadakan secara ‘virtual’ pada Selasa.
Tak kisah dikecam
Bercerita mengenai kecaman yang bakal diterima selepas memegang watak ‘perampas’ dalam drama arahan Uchee Fukada, isteri kepada aktor Aidil Aziz ini berkata dia sudah bersedia kerana itu adalah tugasnya untuk memberi yang terbaik kepada penonton.
Sejujurnya ketika saya membaca skrip ini, saya tahu akan dikecam tapi saya tak kisah dengan kecaman itu sebab nak beri terbaik kepada penonton.
Saya pada mulanya memang risau juga dengan kecaman sebab saya isteri orang, Fattah suami orang, semua pelakon sudah berpasangan ‘in real life’ dan kita pula bawa watak sebegini.
Selain saya asyik fikirkan kecaman, lebih baik tengok pada cerita ini yang memberi pengajaran kepada penonton. Mereka banyak dapat belajar dan saya lebih pandang sudut positif daripada orang kecam saya.
Saya penat bawakan watak Hanim ini kerana bermain banyak emosi, tapi saya puas hati. Walaupun tak sempurna, namun sekurang-kurangnya saya sudah cuba berikan yang terbaik.
Drama Khilaf Asmara turut menampilkan barisan pelakon hebat lain antaranya Fattah Amin, Nelydia Senrose dan Fahrin Ahmad. Drama bersiri ini akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 18 April ini.
Sumber: Instagram @fashasandha