berita

‘Masih Terlalu Awal Cakap Fasal Restu Peminat, Takut Pisang Berbuah Dua Kali’ – Puteri Sarah

October 16th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Puteri Sarah Andi Arsyil

Hubungan mesra yang dipamerkan pelakon Puteri Sarah dengan aktor Indonesia Andi Arsyil sering menyorot perhatian wargamaya sehingga ada yang merestui mereka berdua bercinta.

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Terkejut Dengar Gosip Syamsul Yusof Bercinta Dengan Ahli Perniagaan Kaya

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Konten Seolah Cuba Menghancurkan Rumah Tangga Dibina’ – Kaunselor Tegur Puteri Sarah

Takut pisang berbuah dua kali

Puteri Sarah Andi Arsyil

Bagaimanapaun, Sarah ketika ditemui berkata, masih terlalu awal untuk bercakap fasal doa dan restu peminat yang mahu melihat mereka dijodohkan.

Menurut Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia tidak mahu tergopoh gapah mencari pasangan hidup kerana risau ‘pisang berbuah dua kali’.

Terlalu awal untuk cakap tentang restu peminat untuk jodohkan saya dengan Andi. Saya sendiri takut untuk bercakap fasal itu.

Saya takut kalau pisang akan berbuah dua kali (episod perceraian). Saya dan dia berkawan dahulu, kita lihat sejauh mana.

Sarah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Teater Pak Pandir Dan Labu Ajaib yang berlangsung di Istana Budaya, baru-baru ini.

Dalam masa, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata kehadiran Andi di pementasan teater tersebut sekadar kebetulan dan ingin memberi sokongan kepadanya.

Saya memang jemput dia datang ke teater ini dan kebetulan dia memang ada kerja di Malaysia, jadi alang-alang dia pun datang tengok saya di teater.

Kami ada perancangan untuk buka kilang di Malaysia, kebetulan dia datang meeting dan saya ada teater jadi itu yang saya jemput dia tengok.

Kami bukan marketing, saya dan dia memamg betul-betul rakan perniagaan.

Saya dan dia sekadar kawan perniagaan, kena saling sokong menyokong. Dia datang ke Malaysia bukan seorang, tapi dengan team, ramai.

Sebelum ini, Sarah menjelaskan hubungannya dengan Andi sekadar kawan dan rakan perniagaan selain pertemuan mereka hanya atas urusan perniagaan yang turut ditemani pengurus dan anak-anak.

Untuk rekod, Sarah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul pada 8 Mac 2014, namun jodoh mereka hanya bertahan selama sembilan tahun apabila sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan it mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul
Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.

SKIP THIS AD ×