berita

‘Masih Trauma & Sakit’ – Perogol Berhati Binatang Bakal Dibebaskan, Bapa Sanggup Pinjam Wang Asalkan..

September 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sekitar tahun 2008, satu kes jenayah rogol paling kejam telah berlaku di Korea dan ianya melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun yang sedang dalam perjalanan ke sekolah. Kes tersebut telah berjaya dibicarakan di mahkamah dan suspek iaitu Cho Doo Soon telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun.

Artikel berkaitan: Kisah Lelaki Paling Dibenci Di Korea, Perogol Kanak-Kanak Berhati Binatang Yang Bakal Dibebaskan Tahun Ini

Menerusi laporan Allkpop, Cho Doo Soon akan dibebaskan semula pada 13 Disember tahun ini. Oleh itu, ayah kepada mangsa sanggup memberinya wang agar tidak menetap di kawasan yang sama dengan mereka iaitu di bandar Ansan.

Masih memakai lampin

Menurut ayah mangsa, mereka sekeluarga masih tinggal di bandar tersebut. Perasaan risau terhadap kemunculan Cho Doo Soon di bandar Ansan turut dirasai oleh mereka sekeluarga. Tambahnya, anak perempuannya itu masih memakai lampin di rumah ekoran tragedi hitam yang berlaku. Bahkan, anak gadis itu terpaksa membawa banyak lampin jika mereka ingin melakukan perjalanan yang jauh. Jelasnya lagi, masyarakat tidak tahu bagaimana perasaan mereka sebagai ibu dan bapa ketika menempuhi ujian tersebut.

Saya mendengar bahawa Cho Doo Soon akan kembali berhampiran rumah kami. Adakah ini masuk akal?

Ayah mangsa turut menjelaskan bahawa dia tidak faham mengapa Cho Doo Soon akan kembali ke bandar yang sama sedangkan dia telah melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa di kawasan tersebut. Susulan daripada itu, ayah mangsa sanggup melakukan pinjaman wang dan memberi wang sara hidup kepada Cho Doo Soon sebanyak 20 juta atau 30 juta Won Korea (KRW) iaitu bersamaa RM71238.22 atau RM106857.33 asalkan lelaki tersebut meninggalkan kawasan itu.

Masih trauma

Tambah bapa mangsa, seluruh ahli keluarga termasuk mangsa menyedari bahawa Cho Doo Soon akan kembali ke Ansan. Walau bagaimanapun, tidak ada seorang pun daripada kalangan mereka yang menyebut mengenai pelaku seks tersebut. Ini kerana, anak gadisnya masih trauma dengan kejadian itu.

Keluarga kami tidak dapat menonton TV lagi dengan gembira. Apabila berita mengenai jenayah seksual keluar di TV, anak perempuan saya akan terus pengsan. Itulah sebabnya anak perempuan saya sama sekali tidak dapat menonton berita itu. Dia hanya boleh menonton kartun sahaja. Pada mulanya, anak perempuan saya kelihatan seperti zombie tanpa jiwa yang anda lihat di dalam filem.

Selepas kejadian itu, anak gadisnya terpaksa tinggal dengan kantung usus di kakinya. Ayah mangsa turut memberitahu bahawa anak gadisnya itu perlu mendapatkan rawatan dua kali seminggu selama empat tahun sehingga dia lulus dari sekolah rendah. Mereka juga terpaksa berulang ke Seoul dari Ansan untuk mendapatkan kemudahan kaunseling dan rawatan bagi mangsa serangan seksual. 

Akibat itu juga, mangsa tidak dapat hadir ke sekolah seperti biasa. Mengulas lebih lanjut mengenai mengapa mereka tidak berpindah ke tempat lain, ayah mangsa memberitahu bahawa guru, ibu bapa dan rakan sekelas anaknya itu sangat baik. Mereka semua sering memberi sokongan dan bantuan di saat keluarganya memerlukan pertolongan. Mereka semua seolah memahami keadaannya. 

Sumber: Allkpop

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×