berita

Maskara Calitan Terbaik!

August 30th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Calitan kejelitaan menyerlahkan wajah yang manis menawan dengan kilauan lebat maskara yang memberikan kelebatan pada bulu mata anda. Dengan rumusan khas daripada kandungan yang berkualiti tinggi, maskara ini memberikan penampilan hebat kepada si jelita tatkala menggunakannya.

Mascara Aveda!

Maskara yang mampu kering dalam sekelip mata disamping membuatkan mata anda kelihatan penuh dan tebal akan memberikan bulu mata anda melentik dan panjang.

Maskara yang memberikan ketebalan bulu mata daripada akar umbi bagi memastikan bulu mata anda kekal serata tumbuh menawan.

Hasil rumusan khas daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan tulen dengan campuran lumut Iceland menyuburkan tumbesaran bulu mata anda. Berus yang terbaik dapat seratakan sebatian warna pada bulu mata dan melembutkan bulu mata apabila disentuh.

Mascara bebas wangian ini juga memberikan keselesaan kepada si pemakai apabila menggunakannya.

Maskara ini didatangkan khas daripada 2 warna menarik diantaranya warna Earth (Warm Brown) dan warna Black Forest (Jet Black).

Pemakaian maskara dipengaruhi daripada warna rambut. Bagi si gadis berambut perang, warna Earth (Warm Brown) merupakan pilihan yang bijak untuk digayakan.

Maybelline Great Lash Mascara!

Himpunan koleksi daripada jenama itu sering mengetengahkan imej kesempurnaan dengan memberikan perubahan ketara pada imej si pemakai.

Liputan penuh dan tebal merupakan keinginan si cantik bagi menyelubungi bulu matanya untuk tampil menawan dalam penggayaan.

Dengan revolusi terbaru, Maybelline menghasilkan Great Lash Mascara yang memberikan kelebihan kepada si pemakai untuk melentik dan memanjangkan bulu mata disamping kelihatan tebal.

Dirumus khas dengan mengandungi  Water, Beeswax, Glyeryl Sterarate, Triethanolamine, Propylene Glycol, Stearic Acid, Palmitic Acid, Sorbitan Sesquioleate, Methylparaben,  dan sebagainya untuk memberikan kualiti yang terbaik dan memukau.

Didatangkan khas daripada pelbagai warna yang membolehkan si pemakai memilih mengikut citarasa masing-masing.

Terdapat 6 warna yang mampu memukau pandangan mata pihak sekeliling antaranya Very Black, Soft Black, Dark Brown, Brownish Black, Royal Blue, Dan Blackest Black.

Bagi si cantik yang ingikan kehitaman pekat pada bulu mata, warna Very Black mampu memberikan kepuasan hati si pemakai.

M&S Perfection Lift and Curl Smudgeproof!

Kelembutan dan keselesaan pasti menjadi pilihan si jelita apabila menggunakan sesuatu produk.

Ini termasuklah penjagaan klinikal lentikan bulu mata dimana inayan sedikit sebanyak mempengaruhi imej personaliti si pemakai.

Dengan revolusi terbaru daripada rangakaian jenama marks and spencer maka terhasillah produk mascara lentikan bulu mata yang mempunyai kelebihan untuk memahami keinginan si pemakai.

Mascara yang diperbuat daripada Britain ini didatangkan khas daripada 2 warna antaranya Black dan Black Brown.

Berusnya yang melengkung memberikan kesenangan untuk menggunakannya disamping mampu menghasilkan lengkungan berganda bulu mata si pemakai.

Si pemakai juga tidak perlu khuatir, ini kerana berus yang di sediakan memberi kemudahan apabila membuat liputan penuh.

SKIP THIS AD ×