Maskara merupakan salah satu alat kosmetik yang perlu dimiliki oleh setiap wanita. Lazimnya, maskara digunakan untuk melahirkan alis mata yang lentik, lebat dan panjang. Selain itu, penggunaan maskara akan lebih lengkap sekiranya ia dipadankan dengan penggunaan pengepit bulu mata bagi menghasilkan volume melentik yang lebih maksimum.
Estee Lauder merupakan satu-satunya produk kecantikan antarabangsa yang terkenal di Malaysia dan ia telah memperkenalkan dua produk maskara terbaru iaitu Double Wear Zero Smudge Curling Mascara dan Turbo Lash All Effects Motion Mascara. Kedua-dua produk ini mempunyai fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri.
Double Wear Zero Smudge Curling Mascara
Bagi individu yang mengenakan maskara jenis Double Wear Zero Smudge Curling Mascara, lentikan alis mata yang dihasilkan akan dapat bertahan selama 15 jam dan ia akan kekal melentik sepanjang hari. Selain itu, ia juga sesuai bagi individu yang ingin miliki mata yang galak, cantik dan besar.
Turbo Lash All Effects Motion Mascara
Sementara itu, bagi individu yang mengenakan maskara dari jenis Turbo Lash All Effects Motion Mascara, anda akan mendapat hasil volume alis mata yang panjang, melentik dan senang untuk dibentuk. Ini kerana berus maskaranya yang auto-powered, mampu menghasilkan lentikan yang panjang dan menawan.
Bagi individu yang ingin mendapatkan maskara terbaru dari Estee Lauder, anda boleh dapatkannya di pusat membeli belah yang berhampiran.
Sumber : Estee Lauder