Mendaki kawasan berbukit dan menerokai gua adalah aktiviti yang sangat digemari dalam kalangan pendaki (hikers). Malah, menjadi kepuasan apabila mereka menemui sesuatu yang baharu dalam penerokaan tersebut. Namun, tidak semua orang bernasib baik, ada juga ditimpa kemalangan dan menghadapi kematian di saat ekspedisi tersebut.
Seperti kisah benar yang dihadapi oleh pendaki bernama John Edward Jones terperangkap dalam Gua Nutty Putty di Utah, Amerika Syarikat pada tahun 2009. Kisah realiti ini telah diadaptasi dijadikan sebuah filem bertajuk The Last Descent pada tahun 2016.
Temui laluan kecil
Memetik laporan NY Daily News, John mempunyai impian untuk menerokai Gua Nutty Putty yang terkenal dengan cabaran kerana laluan gua tersebut sempit, laluan itu diberi nama Birth Canal. Ianya hanya boleh dimasuki oleh peneroka gua yang betul-betul berani saja.
Difahamkan, pengembaraan John Edward Jones itu turut disertai oleh beberapa rakannya. Pada jam pertama penerokaan mereka itu tiada sebarang masalah. Tidak lama kemudian, John menemui satu ruangan kecil yang disangkanya adalah laluan Birth Canal yang sering diperkatakan. Perlahan-lahan, dia cuba masuk ke dalam laluan tersebut dengan mendahulukan bahagian kepalanya diikuti kaki.
Tidak boleh bergerak
Laluan tersebut terlalu sempit sehingga dia tidak mampu memusingkan badan untuk keluar daripada laluan tersebut. Difahamkan, John tergelincir masuk ke bahagian yang lebih dalam dan tangannya juga sudah terhimpap dengan dadanya serta menyebabkan dia tidak dapat bergerak.
Penutupan gua buat selamanya
Menurut laporan Daily Herald, setelah lebih kurang 27 jam dengan pelbagai usaha yang dilakukan pihak berkuasa, pasukan penyelamat akhirnya membuat keputusan untuk mengisytiharkan kematiannya sebagai serangan jantung (cardiac arrest).
Setelah pihak berkuasa berbincang dengan ahli keluarga mangsa dan pihak pentadbiran gua, mereka memutuskan kata sepakat untuk membiarkan jasad John di dalam lubang gua tersebut. Mereka juga bersetuju untuk menutup Gua Nutty Puttu buat selama-lamanya bagi mengelakkan individu lain yang akan menjadi korban seterusnya di dalam gua berkenaan.
Difahamkan, gua tersebut juga telah ditutup buat selama-lamanya dan menjadi kubur kekal untuk peneroka gua itu.
Trailer filem
Pada tahun 2016, seorang produser filem Isaac Halasima telah menerbitkan sebuah filem bertajuk The Last Descent yang mendapat inspirasi daripada kisah tragedi John Jones.
Sumber: Movieclip Indie, NY Daily News, Daily Herald