berita

Masukkan Unsur Seks Dalam Novel Terbaru, Raja Azmi Sedia Dikecam

August 4th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen-Shot-2014-07-09-at-1.50.32-PM

Ingat lagi tak novel ‘Cinta 200 Ela’ karya Raja Azmi? Alaa, yang pernah kecoh satu ketika dulu kerana mengandungi elemen seks berlebihan sampai diharamkan penjualannya tu!

Nampaknya, kali ini Raja Azmi sekali lagi mengeluarkan novel terbaru berjudul ‘Karkuma’ yang turut menggarapkan elemen seks dalam jalan penceritaannya.

Bagaimanapun, Raja Azmi tak kisah sekiranya karyanya kali ini menerima reaksi negatif dari masyarakat. Malah, kami dengar Raja Azmi sudah bersedia untuk dikecam.

raja_azmi

Menurut laporan Berita Harian, penerbit filem terkenal itu memberitahu dia percaya jika elemen tersebut tidak dimasukan ke dalam novel, ia ibarat kurang rencah.

Tetapi, jangan saah faham pula ya, selain seks, Raja Azmi turut memberi fokus kepada elemen agama dan cinta sebagai tunjang utama karyanya kali ini.

Screen Shot 2014-08-04 at 11.33.03 AM

Memang ada elemen seks dalam novel itu, tetapi tidak terperinci seperti novel Cinta 200 ela. Elemen seks hanya dalam bentuk pantun yang dipetik daripada kisah benar masyarakat dulu kala di Bali.

Jika itu boleh mengundang kecaman masyarakat, saya tidak tahu hendak kata apa. Cuma nasihat saya, baca dulu novel berkenaan sebelum mengecam. Apa yang boleh saya katakan, buku ini lebih sopan dan tidak mengghairahkan seperti Cinta 200 ela yang lebih terperinci kisah seksnya.

Bagaimanapun, jika buku ini mencetuskan kontroversi, saya terima. Selama berada dalam industri, saya sudah lali dengan kontroversi. Bukan saya yang mencari semua itu, tetapi kontroversi yang mencari saya.

Gitew jawapan Raja Azmi. Biasalah kak, dah namanya pun duduk dalam industri hiburan, jadi kontroversi memang tak dapat dipisahkan. Tak gitu?

Apapun, sebelum menilai, apa kata kita baca dulu novel ‘Karkuma’ ini. Dah baca, barulah boleh utarakan pendapat sendiri. Hehe.

Kredit Foto: Instagram Raja Azmi

SKIP THIS AD ×