Wabak Covid-19 yang menular ke seluruh pelusuh negara semakin mebimbangkan. Malaysia telah mencatat angka kes tertinggi di Asia Tenggara dengan jumlah sebanyak 428 kes. Petugas kesihatan di hospital yang dipertanggungjawab untuk merawak pesakit Covid-19 turut berhadapan dengan tukas yang sukar. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi merawat pesakit Covid-19.
Bertugas sebagai jururawat di Hospital Sungai Buloh, Yazrafiq Yazraik berkongsi pengalamannya yang bertugas merawat dan memeriksa pesakit positif Covid-19. Dia terpaksa menempuhi kerja selama 16 jam sehari demi menyelamatkan nyawa pesakit. Rutin harian untuk mengendali pesakit Covid-19 ini tidak dipandang remeh. Dia perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Kerja 16 jam sehari, cuti dibekukan
Bismillahhirrahmannirrahim.
Sepanjang 5 tahun lebih aku bergelar sebagai seorang misi, ini kali pertama aku menyesal bekerja dalam bidang ni. Kerja smpai 16 jam sehari. Anggota pertama yang terdedah dengan wabak covid 19. Pakai suit PPE cCvid sampai 5, 6 jam, panasnya memang tak boleh nak cakap, setiap kali pakai memang baju kat dalam akan basah kuyup macam kene jirus air sebab peluh. Nak bernafas pun susah. Lepas buka suit tu kena mandi dulu then baru boleh settle kerja-kerja lain yang pending. Kalau nak masuk attend pesakit lagi kena pakai balik suit PPE Covid baru, dah selesai kena mandi lagi, dan benda ni berulang-ulang setiap kali attend pesakit. Biasanya sekali masuk attend pesakit memang smpai 5, 6 jam.
Ada yang sanggup gadai nyawa satu family
Kami dah kekurangan staff disebabkan kerajaan terdahulu yang kurangkan pengambilan staff baru, ditambah lagi dengan wabak ni. mental dan fizikal kami koyak, dimana kami terpaksa bekerja bergadai nyawa demi masyarakat. Cuti dibekukan. Kami pun ada anak, ada isteri, ada suami, ada ibu bapa. Masyarakat pula mengambil ringan soal wabak covid 19 ni. seolah-olah tak ada apa yang berlaku. Ada jugak yang mngambil kesempatan ke luar negara waktu ni sebab tiket murah, siap 1 family pergi bercuti. Sanggup gadaikan nyawa satu family.
Ada jugak yang pergi ke perhimpunan tabligh kt Masjid Sri Petaling. Dah tau tempat tu ramai yang hadir, sila pkai mask. Ye betul! Program sebegitu memang bagus. Majlis ilmu, tapi buat masa sekarang tak sesuai untuk hadirkan diri ke tmpat crowded mcm tu. Nyawa lagi penting. Nyawa tak boleh beli bosssku. Kesihatan tak boleh dicari di 7 eleven.
Puas hati ke buat macam ni kat kami?
Wabak ni merebak terlalu cepat. Masyarakat hanya tau complain, tapi yang bekerja ni kami, yang penatnya kami. Sampai satu tahap aku takut nak balik rumah, perasaan takut dimana aku yang bawak wabak ni balik ke rumah. Walaupun kami dah pakai pakaian full covered, tapi kami antara kakitangan yang selalu terdedah dengan wabak covid ni. Ada jugak pesakit yang pentingkan diri, datang hospital dengan simptom demam. Admit wad dan bila doktor tanya dia tak mengaku ada pergi ke tempat-tempat yang berisiko covid. Masa tu misi-misi yang jaga dia dh start batuk-batuk dan selsema. Last-last pesakit ni positive covid then baru mengaku ada ke satu perhimpunan baru baru ni. Puas hati ke buat macam ni kat kami?
Tolonglah rakyat Malaysia, ketuk kepala tu sikit supaya otak berfungsi. Jangan ambil mudah dengan wabak covid ni. Satu dunia terkena wabak ni. Semoga lepas ni rakyat malaysia lebih terbuka mata terhadap wabak yang tengah teruk melanda dunia ni dan semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk berbakti kepada orang lain.
Sumber: Yazrafiq Yazraik