berita

‘Masyarakat Kita Susah Terima Budaya Baru, Mat Salleh Buat OK Je…’

March 20th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Terbaru tular video aktiviti ekstrim beberapa orang bapa membawa anak mereka melakukan terjunan lagak ngeri dan menerima kecaman dari netizen. Malah, ramai berpendapat tindakan demikian adalah tidak wajar dilakukan terhadap kanak-kanak. Aktiviti tersebut dilakukan di Kuala Kubu Bharu dengan ketinggian 60 meter.

Artikel berkaitan: Dikecam Bahayakan Nyawa Anak Kecil Terjun Jambatan, Ini Penjelasan Ibu Bapa & Penganjur

Semestinya persoalan keselamatan dan penggunaan helmet kepada kanak-kanak menjadi perdebatan netizen. Pengguna Twitter, Amirul Anwar tampil berkongsi dan menjelaskan keselamatan permainan ropeswing tersebut.

Terjun bersama anak

https://www.instagram.com/p/BgbU55bnSbk/?taken-by=rentas_adventures

Video ini menyaksikan terjunan Mat Redho bersama anaknya dari jambatan dengan ketinggian 60 meter. Malah, video berdurasi seminit ini mendapat kritikan netizen, semalam.

Bapa pun tak lah bodoh sangat…

Pihak penganjur telah mencipta permainan ini dengan kiraan fizik, keselamatan kawasan dan alat permainan. Sebelum terjunan, kanak-kanak terbabit telah diikat tali keselamatan pada tubuhnya.

Dia orang pertama yang cuba

Setelah ropeswing ini siap dibikin, pihak penganjur terlebih dahulu mencuba berkali-kali bagi memastikan keselamatan. Malah, hanyunan tersebut tidak sama sekali mencecah batu atau pokok dan masih berbaki 20 meter jarak daripada sungai apabila hayunan dilakukan kebawah.

Pernah tak anda dengar mengenai Nevis Swing di New Zealand? Permainan ekstrim disana adalah 300 meter tinggi tanpa pemakai helmet keselamatan.

Nevis Swing lagi seram

Tapi bagaimana dengan Roller Coaster?

Cukup sekadar selamat

Malah, pihak penganjur akan menunda aktiviti tersebut sekiranya cuaca tidak mengizinkan. Pihak penganjur juga enggan mengambil sebarang risiko ketika cuaca hujan mahupun faktor angin kencang.

Tali itu tak putus ke?

Tidak lebih 24.4 kN

Purata ketinggian bungee jumping adalah 60 meter dan panjang jarak adalah 1000 meter. Segala kiraan fizik dan kualiti tali telah dikenal pasti sebelum permainan ini beroperasi kepada umum. Malah, ianya dapat membantu peserta untuk tarik ke atas semula sekiranya peserta tersebut pengsan.

Mat Salleh OK je

Tidak dapat dinafikan budaya baru wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia akan menerima kritikan netizen. Hal ini atas keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan permainan berbahaya itu.

Credit: Amirul Anwar, Rentas Adventures

SKIP THIS AD ×