Daniel Tyler atau lebih dikenali sebagai Mat Dan, 28, adalah seorang traveler yang telah menetap lama di Terengganu sejak tahun 2009. Anak kelahiran Bristol, United Kingdom, ini telah sah berkahwin dengan penduduk tempatan, Nadifa Adnan pada tahun lepas. Malah, dia juga fasih berbahasa Melayu dalam dialek Terengganu.
Nama Islamnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah telah berkongsi kegembiraan dan rasa syukur di laman Instagram apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan status penduduk tetap kepada Mat Dan.
Terima kasih, Malaysia
https://www.instagram.com/p/BfqKTIknBpw/?hl=en&taken-by=mat_dan1
Pada awalnya, dia sedikit rasa cuak apabila dipanggil naik ke pentas oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Lantas, diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri untuk memberi status penduduk tetap kepada dia. Berita gembira ini diumumkan di Ekspo Terengganu 2018 pada 26 Februari lepas.
Terkejut dan bersyukur
Dia baru sahaja membuat permohonan penduduk tetap selepas berkahwin dengan gadis Terengganu pilihannya. Malah, tidak menyangka prosesnya cepat dan mudah apabila diumumkan TPM sendiri.
Sumbangan Mat Dan
Selepas mempertimbangkan dan mengkaji dari pelbagai aspek, Datuk Seri Ahmad Zahid berkata Mat Dan layak untuk diberi status penduduk tetap. Aspek tersebut termasuk sumbangan Mat Dan dalam mempromosikan negeri Terengganu dan Malaysia secara aktif dalam menarik pelancong asing bertandang ke Malaysia.
Sumber: Astro Awani