berita

Mat Dan Kecewa, Dah 2021 Pun Ada Yang Selamba Buang Face Mask Dari Kereta

April 14th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Setiap dari kita perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam memastikan penularan Covid-19 dapat dibendung. Pelbagai inisiatif dan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai panduan untuk kita patuhi demi mengekang penularan wabak ini.

Namun, masih ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan kelihatan mereka membuang pelitup muka ke tempat awam sesuka hati. Kisah ini dikongsi oleh Mat Dan sendiri apabila dia ternampak individu melemparkan face mask dari sebuah kenderaan.

Benda macam ni sakitkan hati saya

Mat Dan berkongsi sebuah video di laman Instagram meluahkan rasa bengang dan kecewa terhadap segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab. Difahamkan, ketika itu dia berada dalam kenderaannya semasa perjalanan menghantar Zayne ke sekolah dan terlihat seorang individu sesuka hati membuang pelitup muka dari sebuah kereta.

Benda-benda macam ni sakitkan hati saya! Come on guys, 2021 dah! Masih ada orang buat macam ni. Siapa kat sini pernah tengok benda macam ni?

Jadi marah tau!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1)

Mat Dan bengang dan menyifatkan golongan ibu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik untuk rujukan anak-anak mereka. Dalam pada itu, Mat Dan juga mengingatkan kita semua untuk membuang pelitup muka ke dalam tong sampah, bukannya di tempat awam sesuka hati.

Saya minta maaf nak membebel pada bulan Ramadan tetapi saya on the way nak pergi hantar Zayne ke sekolah. Kereta kat depan kita, tengah bawa kereta tiba-tiba lempar face mask daripada dalam kereta dia. Kadang-kadang aku tak boleh nak brain benda macam ni. Ni tahun 2021 tau, macam tak ada tamadun. Anak-anak pergi sekolah belajar pasal Sivik, tetapi ini contoh dekat rumah dia orang. Jadi marah tau. Jangan buang face mask, buang dalam tong sampah.

Sumber: Mat Dan

SKIP THIS AD ×