berita

Mat Sabu Dilantik Sebagai Penasihat KAFA

October 18th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan FA (KAFA) telah melantik Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu sebagai penasihat bagi badan induk bola sepak negeri itu.

Perkara tersebut diumumkan melalui Facebook Kelantan FA Team Red Warriors, petang semalam.

Telah berkuatkuasa pada Rabu

Menurut kenyataan itu, persetujuan bagi melantik Mat Sabu dibuat selepas Presiden KAFA, Dato Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau di Wisma Kementerian Pertahanan pada Rabu dan pelantikan itu telah berkuatkuasa pada hari yang sama.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan pelantikan Yang Berhormat Menteri Pertahanan, Tuan Haji Mohamad Sabu sebagai penasihat badan induk bola sepak Kelantan, berkuatkuasa semalam (Rabu).

Bagi pihak KAFA, kita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Pertahanan di atas kesudian beliau menerima pelantikan sebagai penasihat persatuan ini.

Tak campur urusan majlis penasihat

Tambah kenyataan itu, pelantikan Mat Sabu sebagai penasihat bagaimanapun tidak akan mencampuri urusan Majlis Penasihat KAFA.

Malah katanya, Mat Sabu akan berfungsi sebagai sokongan bagi menambah baik bola sepak negeri itu.

Beliau akan bertindak selaku penasihat persatuan tetapi tidak mencampuri urusan Majlis Penasihat KAFA yang diwujudkan tiga bulan lalu dan berfungsi sebagai sokongan ke atas usaha menambah baik bola sepak Kelantan.

Sumber: Facebook Kelantan FA Team Red Warrior

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×