Gambar sekadar hiasan
Keluarga seorang wanita dari Florida, Amerika Syarikat menerima pampasan RM49.67 juta (11 juta Dollar) selepas menang kes saman terhadap pengeluar produk ketum yang mengakibatkan kematian wanita itu.
Artikel Berkaitan: Sanggup Berhutang Nak Lepas Ketagih, Isteri Risau Suami ‘Gila’ Ketum Sampai Badan Nampak Tulang – ‘Dia Minum Macam Air Masak’
Artikel Berkaitan: Guru Rakam Video Murid Jawab ‘Bapa Masak Ketum’ Cerita Hal Sebenar
Ketum sebagai makanan tambahan
Foto: The Kratom Distro
Memetik laporan New York Post, pada 20 Jun 2021, Krystal Talavera ditemui dalam keadaan tertiarap oleh suaminya di ruang tamu rumah mereka.
Bersebelahan mayat wanita itu turut kelihatan secawan kopi yang mengandungi produk makanan tambahan yang diperbuat daripada daun ketum.
Produk tersebut keluaran syarikat The Kratom Distro yang dilaporkan tidak mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA).
Menurut Pejabat Koroner Palm Beach County, Talavera meniggal dunia akibat mabuk akut ‘mitragynine’ yang disebabkan ketum.
Susulan itu, anak sulung mangsa, Devin Filippeli memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan dan pengedarnya, Grow LLC dengan dakwaan produk tersebut menyebabkan kegagalan penafasan ibunya.
Makanan tambahan yang diambil oleh wanita berusia 39 tahun itu didakwa menghasilkan kesan seperti opiod.
Sumber: New York Post