berita

[VIDEO] Netizen Sebak Tengok Nora Danish Cium Dahi Anak Yatim – ‘Nampak Keikhlasan Dia’

March 18th, 2024 | by Alia
Kini Trending

nora

Pelakon Nora Danish menyorot perhatian dan mendapat pujian warganet ketika dia beramah mesra bersama anak-anak yatim.

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha & Nora Danish Bergambar Satu ‘Frame’ Di Rumah Jejai, Bersatu Demi Anak-Anak

Artikel Berkaitan: Nora Danish & Rayqal Nampak Macam Adik Dengan Kakak

Santuni anak yatim

nora

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nora bersama beberapa selebriti lain antaranya Fasha Sandha, Elisya Sandha, Amelia Christie dan Watie Hanifiah menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim anjuran Inayah Beauty.

Mereka kemudian dilihat memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim tersebut.

Paling menyentuh hati, ketika momen Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif mengucup dahi seorang kanak-kanak perempuan.

Sementara itu, mereka juga membawa semua kanak-kanak tersebut membeli pakaian untuk menyambut hari raya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat cara Nora menyantuni anak-anak yatim.

Sebak, bergenang pula air mata tengok Nora Danish cium budak tu.

Momen Nora cium budak tu, Allahu berlinang air mata aku.

Sedihnya Nora cium dahi budak tu, nampak keikhlasan dia.

Nora tu nampak sangat di sayang budak-budak.

Dalam masa yang sama, mereka turut memuji penampilan Nora dan Fasha yang mengenakan hijab semasa majlis tersebut sebagai tanda menghormati bulan Ramadan.

@inayahbeautytrading

Majlis berbuka puasa bersama anak anak yatim anjuran Inayah Beauty #fyp #berryfull #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #gattox #beunita #founder #founderinayahbeauty #ameliachristie #noradanish #fashasandha #elisyasandha #watiehanifiah #ellyarifin

? Common Geese – DJ BAI

Sumber: TikTok Inayah Beauty Trading

SKIP THIS AD ×