Semalam, Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan AirAsia akhirnya membuat penjelasan menerusi satu video berhubung sokongan dirinya terhadap kerajaan terdahulu. Ini ekoran viral foto pesawat milik AirAsia yang didakwa turut berkempen untuk Barisan Nasional.
Dia bagaimanapun menafikan tiada alasan lain selain akur dengan arahan kerajaan tersebut. Susulan kenyataan itu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengambil tindakan untuk menjalankan siasatan terhadap dakwaan Tony Fernandes itu.
Terpaksa akur
Siasatan akan dijalankan
Menurut Metro Online, Jurucakap Mavcom menganggap dakwaan dalam klip video berdurasi hampir lapan minit dimuat naik Fernandes menerusi Facebook rasminya tempoh hari adalah tuduhan yang serius.
Kami sudah memulakan satu siasatan serta merta terhadap dakwaan itu. Kami akan sentiasa memastikan orang ramai mendapat maklumat mengenai siasatan itu.
Fernandes mendakwa AirAsia diberitahu oleh Mavcom untuk membatalkan kesemua 120 penerbangan tambahan yang disediakan pada harga berpatutan untuk rakyat balik mengundi pada PRU-14. Fernandes mendakwa dirinya menerima tekanan dari kerajaan sebelum ini apabila menyedari syarikat penerbangan tersebut membawa begitu ramai pengundi.
Sumber: Metro Online, Tony Fernandes