berita

Mawar Rashid Belanja Gambar ‘Selfie’, Lawa Berambut Pendek

November 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Mawar Rashid

Perkongsian di Instagram Story milik pelakon dan usahawan Mawar Rashid mencuri perhatian apabila dia memuat naik beberapa foto ‘selfie’.

Artikel Berkaitan: ‘Bini Kau Buka Tudung, Apa Kau Nak Jawab Depan Allah?’ – Netizen Masih Serang, Raf Yaakob Ajak Jumpa

Artikel Berkaitan: Mawar Rashid Buka Tudung – ‘Dah Cuba Tetapi Gagal’

Belanja selfie

Mawar Rashid

Menerusi perkongsian tersebut, Mawar dilihat mengenakan baju berwarna hitam sambil melakukan beberapa reaksi wajah dalam empat gambar berbeza.

Isteri kepada usahawan Raf Yaakob itu turut dilihat memegang produk kecantikan jenama miliknya.

Turut mencuri perhatian adalah gaya rambut Mawar yang dipercayai baru sahaja dipotong pendek.

Pada perkongsian sama, aktres berusia 28 tahun itu turut menggunakan lagu berjudul My Love Mine All Mine nyanyian Mitskileaks sebagai muzik latar.

Terdahulu, Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik foto dirinya tidak lagi mengenakan hijab.

Mawar bagaimanapun sehingga kini enggan memperincikan tindakannya berbuat demikian, sebaliknya mengakui dia gagal untuk istiqamah dalam mengenakan hijab.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×