berita

‘Bini Kau Buka Tudung, Apa Kau Nak Jawab Depan Allah?’ – Netizen Masih Serang, Raf Yaakob Ajak Jumpa

October 19th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

RAF MAWAR RASHID

Gara-gara tindakan pelakon Mawar Rashid membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung, suaminya, Raf Yaakob turut menjadi target netizen di media sosial.

Artikel Berkaitan: Mawar Rashid Buka Tudung – ‘Dah Cuba Tetapi Gagal’

Artikel Berkaitan: Video Mawar Rashid Menangis, Minta Maaf Tular

Jumpa saya depan-depan

raf yaakob

Terbaru, ada seorang pengguna media sosial yang menggunakan akaun @akulahmerah ‘menyerang’ hantaran Raf yang berkongsi tentang rezeki ‘last minute’ dijemput ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.

Tulis individu terbabit, ‘Bini kau dah buka tudung, apa kau nak jawab depan Allah? Tak rasa malu ke?

Usahawan berumur 35 tahun yang perasan dengan komen tersebut dilihat membalas. Kata pemilik nama Raden Ahmad Faizal Yaakob, dia perasan dengan perbuatan individu itu yang bertindak menulis komen kesat di semua ruangan platformnya.

Malah, adik kepada penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob turut mengajak individu terbabit untuk bersemuka secara empat mata.

Selepas tiga tahun membuat keputusan untuk berhijab, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu membuat kejutan apabila berkongsi dua foto memperlihatkan rambut yang diikat kemas pada 10 Oktober lalu.

Sekadar info, Mawar terbuka hati untuk memakai tudung pada Ogos 2020 selepas masuk kelas agama.

Terdahulu, Mawar dan usahawan, Raf Yaakob berkahwin pada November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Sri Riyanna Sayang.

Mawar turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×