Pelakon Mawar Rashid enggan mengulas mengenai mahligai perkahwinannya dengan suami, Raf Yaakob yang didakwa bakal berakhir.
Artikel Berkaitan: Mawar Rashid & Raf Yaakob Didakwa Bakal Bercerai, Fazley Pilih Kunci Mulut
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Dedah Majlis Persandingan Penuh Air Mata – ‘Kereta Tetamu Ditoreh, Berlaku Kejadian Mistik’
Terus berdiam diri
Ketika dihubungi Mawar, 28, tidak menjawab ketika diajukan soalan mengenai laporan media yang mendakwa bakal bercerai hari ini.
Kemudian, pemilik nama Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memilih untuk mematikan telefon begitu saja.
Sebelum ini, Mawar mengejutkan ramai pihak apabila memilih untuk ‘free hair’ selepas tiga tahun istiqamah berhijab.
Hasil semakan OhBulan!, Mawar juga dilihat tidak lagi mengikuti Raf di Instagram malah sudah memadam gambar mereka bersama.
Hari ini, Harian Metro melaporkan Mawar dan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob, didakwa bakal bercerai.
Menurut laporan, pasangan itu sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.
Untuk rekod, Mawar dan Raf disatukan sebagai suami isteri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada tahun 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.