Pelakon Mawar Rashid selamat melahirkan seorang bayi perempuan dan juga merupakan anak keduanya pada 2 Januari 2021, jam 5.45 pagi tadi. Berita gembira itu dikongsikan Mawar dan suaminya sendiri iaitu Raf Yaakob menerusi laman Instagram.
Baby girl
View this post on Instagram
Bayi seberat tiga kilogram itu dilahirkan secara normal. Bayi perempuan pasangan ini telah diberi nama Raden Seri Rossabella Cinta. Bagaimanapun, pasangan suami isteri ini belum lagi mendedahkan wajah bayi mereka di laman sosial media.
Selamat dilahirkan
View this post on Instagram
Raf Yaakob dan Mawar Rashid turut berterima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan pengikut mereka kerana telah memberi sokongan dan doa untuk kelahiran anak kedua ini.
Sudah ada Instagram
Bukan itu saja, bayi Raden Seri Rossabella Cinta sudahpun mempunyai akaun Instagram sendiri dengan pengikut lebih 12.5 ribu. Pengikut dan peminat juga boleh mengikuti perkembangan bayi Rossabella di sini. Mesti comel!
Sumber: Mawar Rashid