Seperti yang diketahui ramai, pelakon Maya Karin baru sahaja selesai menjalani sesi penggambaran filem ‘Duyung: Lagenda Aurora’ yang bertempat di lokasi Pulau Langkawi.
Artikel Berkaitan: Maya Karin Tak Sangka Watak Duyung & Pontianak Beri Impak Besar – ‘Sampai Sekarang Orang Masih Ingat’
Muat naik gambar ‘bare face’
View this post on Instagram
Terbaharu, pemilik nama Maya Karin Roelcke mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa hantaran memaparkan momen dirinya sepanjang berada di salah sebuah pulau di sana.
Pelakon filem ‘Munafik 2’ itu turut memuat naik gambar swafotonya yang sedang berjemur menghadap ke arah matahari sambil mengenakan cermin mata hitam berwarna merah jambu.
Gambar ‘selfie’ Maya itu kemudiannya meraih perhatian dan menjadi bualan netizen di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan wajah pelakon berusia 45 tahun itu meskipun terdapat bendasing di dalam hidungnya.
Komen netizen
Sumber: Instagram Maya Karin