Pelakon Maya Karin mengakui masih berkawan rapat dengan seorang jejaka Perancis yang pernah dikaitkan dengan dirinya pada tahun lalu.
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Thank God Semua Berjalan Lancar…Tak Rasa Nak Pengsan’ – Maya Karin
Artikel Berkaitan: Pensyarah Asyik ‘Cancel’ Kelas, Maya Karin ‘Fed Up’ Sampai Berhenti Diploma
‘Masih lelaki sama’
Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke berkata hubungan mereka dalam keadan baik meskipun ada kalanya jarang berjumpa untuk tempoh yang lama disebabkan masing-masing sibuk dengan urusan kerja.
Saya masih berterusan dengan lelaki itu, masih yang sama. Saya dengan dia ada kalanya tidak berjumpa untuk tempoh masa yang lama, dalam tiga minggu begitu. Dia sibuk dengan kerja dia dan saya juga sibuk dengan kerja saya.
Saya cuba menjadi seorang yang realistik. Saya pun sudah cakap dengan dia kita tidak akan berjumpa untuk masa yang panjang.
Kalau nak berjumpa, mungkin dia boleh lah datang di lokasi penggambaran lihat saya tengah bekerja. Sebab dia suka tengok saya bekerja.
Maya berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan sidang media filem The Experts yang berlangsung di Glenmarie Hotel & Golf Resort, Petaling Jaya pada Sabtu.
Sementara itu, disoal adakah jejaka berkenaan merupakan individu yang paling istimewa di dalam hati, Maya mengiyakan pertanyaan tersebut.
Dalam masa sama, pelakon filem Munafik itu berkata dia tidak menyangka apabila hubungan mereka mampu bertahan sehingga kini.
Saya pun agak terkejut apabila hubungan kami ini boleh kekal lama hingga kini. Jangkaan saya hanya dua tiga bulan sahaja kemudian reda dan pasrah.
Namun sedar tidak sedar, hubungan kami sudah masuk tempoh dua tahun, lama juga. Tidak sangka sebenarnya.
Tipu kalau tiada pasang surutnya dalam hubungan, tetapi sekarang dua-dua saling memahami.
Ditanya mengenai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, pemenang Pelakon Filem Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-30 itu menjawab dia menyerahkan segalanya kepada takdir Ilahi.
Saya terbuka untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi kerana dulu saya sangat gembira dan menikmati momen perkahwinan. Cuma saya percaya dengan ketentuan Allah, terserah kepada perancangan-Nya.