berita

Maya Karin Saksikan F1 Singapore Grand Prix Dengan Pasukan Lotus?

September 24th, 2012 | by Ai
Lensa Insta

Bukan nak kata apa, tapi boleh kami katakan yang Maya Karin sebenarnya adalah antara aktress yang kami minati. Dengan tahap ke-eksklusiviti-an Maya Karin, bukan sahaja kami, malah dapat dirasakan ramai lagi ‘kipas-susah-mati’ heroin ‘Ombak Rindu’ ini diluar sana kan?

Terbaru dari aktress berusia 32 tahun ini, dia telah memuat-naik beberapa keping gambar ketika menghadiri perlumbaan F1 di Singapura.

Sejak akhir-akhir ini Maya Karin kerap ditemui di tempat-tempat yang berkaitan dengan kereta. Baru-baru ini, Maya Karin telah ditemui ketika menjadi hos untuk pelancaran kereta Ford Focus terbaru. Apa pun, kita anggap saja Maya Karin memang seorang peminat F1. Kan?

SKIP THIS AD ×