Pelakon Maya Karin menghidap sejenis gangguan keresahan atau lebih mudah disebut anxiety sejak lapan tahun lalu.
Tak berhenti nyanyi
Bercerita mengenai kerjaya seni, Maya, 43, menyatakan dia belum lagi berhenti menyanyi tetapi ingin memberi fokus kepada bidang lakonan.
Kata pemilik nama Maya Karin Roelcke, dia akan diserang panik apabila menyanyi secara ‘live’ di atas pentas.
Saya tak pernah kata akan berhenti menyanyi, cuma rezeki saya lebih kepada bidang lakonan. Lagipun menyanyi atas pentas akan membuatkan saya anxiety.
Kalau di set penggambaran, perasaan kebimbangan melampau itu kurang. Kalau saya ada alami serangan panik ketika penggambaran, saya akan minta berehat kejap.
Kalau menyanyi, kena serangan panik ke tak.. saya kena berada atas pentas. Agak menakutkan untuk saya menyanyi secara live.
Bahaya penyakit anxiety
Dalam pada itu, pelakon filem Ombak Rindu memberitahu dia mula bersikap terbuka berkongsi masalah serangan panik kepada umum selepas dia menyedari betapa bahaya sekiranya dipandang remeh.
Sebenarnya dah lama juga saya alami masalah anxiety. Saya mula kongsi perkara ini selepas balik dari Sabah.
Saya pergi sana nak mencuba menyelam untuk menentang masalah anxiety. Tapi malangnya, saya alami serangan panik dalam air.
Baru saya sedar, ia sesuatu yang sangat bahaya. Sebab itu saya kongsikan masalah yang saya hadapi di Instagram.
Terdahulu, Maya mendedahkan penyakit tersebut membuatkan dia mengalami perasaan gementar sehingga tangannya menggigil.
Malah, anxiety menjadi punca dia gagal dalam uji bakat sekali gus terpaksa melupakan peluang untuk menempatkan diri dalam naskhah Crazy Rich Asian dan teater muzikal Puteri Gunung Ledang.
Sumber: Instagram @maya_karin