berita

Mayat Jutawan Thailand Ditemui Dalam Peti Sejuk, Tubuh Disimen Dengan Konkrit

October 30th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pada hari ini, terlalu banyak berita membabitkan kejadian bunuh yang mengerikan berlaku di seluruh dunia. Tanpa mengira siapakah mangsanya, penjenayah seolah-olah langsung tidak mempunyai rasa simpati dan kemanusiaan dengan bertindak kejam terhadap mangsa demi memuaskan hati.

Terbaru, Thailand digemparkan dengan penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan yang sangat tragis selepas beberapa hari hilang.

Ditemui dalam keadaan disimen

Menerusi laporan Mail Online, mangsa yang juga merupakan seorang jutawan ditemui dalam keadaan dirinya disimen dengan konkrit di dalam peti sejuk rumahnya.

Mangsa, Wannee Jiracharoenying yang merupakan seorang pemaju hartanah sebelum itu dilaporkan hilang sejak 18 Oktober lalu selepas melawat sebuah kuil di Chiang Mai.

Susulan itu, abang mangsa Woraphan Jiracharoenying bertindak mencari adiknya selepas mendapati pesanan mesej yang dihantar tidak berbalas.

Jiran kesan bau busuk

Bagaimanapun mayat wanita berusia 58 tahun itu berjaya dikesan oleh pihak berkuasa polis pada Ahad lalu selepas mendapat aduan daripada jiran yang terhidu bau busuk dari kediaman mangsa.

Kes tersebut kini sedang disiasat polis dan pada masa yang sama seorang rakan kepada mangsa yang menghilangkan diri turut cuba dikesan.

Menurut polis, mereka percaya rakan mangsa yang dikenali sebagai Oom itu mampu memberikan maklumat berhubung kematian jutawan tersebut.

Sejumlah wang dikeluarkan dari bank

Sementara itu menerusi laporan tersebut, polis berkata terdapat beberapa pengeluaran wang dalam jumlah yang besar telah dibuat menerusi akaun bank Wannee selepas kematiannya.

Bukan itu sahaja, kereta dan kad bank wanita itu juga turut didapati telah hilang.

Susulan itu Ketua Polis, Jeneral Bundit Tungkhaseranee berkata, pihaknya kini memantau kawasan sempadan bagi memeriksa jika Oom telah melarikan diri ke luar negara.

Pada hari ahli keluarganya tidak dapat menghubungi mangsa, suspek telah mengeluarkan sejumlah wang dari ATM di Chiang Mai, kemudian di Chiang Rai dan Mae Hong Son. Suspek telah membuat pengeluaran wang sebanyak 1.2 million bath (bersamaan lebih kurang RM 1,660,520).

Kami berpendapat suspek melakukan jenayah tersebut untuk mencuri wang mangsa yang dikhabarkan sering menderma sejumlah besar wang kepada kuil dan hospital.

Sumber: Mail Online

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×