berita

Dua Lelaki Didakwa Merogol & Memasukkan Objek Keras Ke Dalam Alat Sulit Budak 12 Tahun

August 1st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Rogol Budak

Gambar sekadar hiasan

Dua orang lelaki dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan sehingga mengalami pendarahan teruk.

Artikel Berkaitan: Warga Emas Perkosa Anak Umur 10 Tahun, Ikat Di Batu Demi Puaskan Nafsu

Artikel Berkaitan:  Lama Jadi Duda, Ayah Tergamak Rogol Anak Atas Dasar Cinta & Anggap Sebagai Kekasih

Objek keras dalam alat sulit

Rogol Budak

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan India Today, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun telah dirogol, digigit berkali-kali dan dianiaya oleh dua orang lelaki yang bekerja di sebuah kuil di bandar Maihar di Madhya Pradesh, India.

Dua lelaki yang ditahan iaitu Ravindra Kumar Ravi dan Atul Bhadoliya didakwa telah memasukkan objek keras dalam alat sulit mangsa.

Bagaimanapun, menurut Supritenden Satna Ashutosh Gupta, pihak polis masih menunggu laporan pemeriksaan kesihatan kanak-kanak tersebut.

Saya tidak menafikan sebatang kayu atau objek lain dimasukkan ke dalam alat sulit mangsa oleh tertuduh Ravindra Kumar Ravi dan Atul Bhadoliya.

Tetapi ini adalah sesuatu yang hanya boleh disahkan menerusi laporan perubatan. Kami masih menunggu laporan perubatannya.

Ketika kejadian, suspek didakwa memikat budak perempuan itu dan membawanya ke tempat terpencil sebelum merogol dan menyerangnya.

Ya, dia (mangsa) mengalami pendarahan dan doktor sedang memantau kesihatannya.

Badannya mengalami gigitan dan kecederaan yang berkaitan dengan serangan seksual.

Susulan itu, kedua-dua suspek yang berusia 30 tahun tersebut telah dihadapkan ke mahkamah pada Jumaat lalu dan kini berada di dalam tahanan kehakiman selama 14 hari, manakala mangsa sedang menerima rawatan di hospital.

Sumber: India Today

SKIP THIS AD ×