berita

Mayat Rakan Serumah Dijumpai Dalam Tangki Najis, Polis Buru Suami Isteri

May 16th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Pihak polis memburu sepasang suami isteri yang dipercayai telah melarikan diri berhubung penemuan mayat seorang lelaki di dalam tangki najis rumah mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Suka Berleter & Pukul Saya, Jadi Saya Potong Kepalanya,’ – Pekerja Puas Hati Bunuh Bos

Artikel Berkaitan: Gara-Gara Tegur Saiz Payudara Wanita, Lelaki Maut Ditikam

Artikel Berkaitan: Anak Letak Mayat Ayah Dalam Peti Sejuk Beku Untuk Jadi ‘Teman’ Borak

Dipercayai larikan diri

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob menjelaskan bahawa pihaknya menerima laporan tentang penemuan mayat berkenaan pada 12.20 tengah malam Ahad.

Difahamkan mayat itu ditemukan dalam keadaan masih berkain sarung dan berseluar. Identitinya telah dikenalpasti dan mayat tersebut adalah seorang warganegara Indonesia.

Mayat yang dianggarkan berusia 40-an itu telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Hasil bedah siasat mendapati punca kematiannya kerana trauma tumpul di kepala.

Susulan itu, pihak polis sedang mencari sepasang suami isteri yang difahamkan tinggal serumah bersama mangsa.

Pihak polis sedang mengesan sepasang suami isteri yang tinggal serumah dengan si mati bagi membantu siasatan. Mereka sudah melarikan diri dan dipercayai terbabit dalam kes ini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di talian 05-7762222 atau pegawai penyiasat kes Asisten Superintendan Mohd Subkey Alias 013-9285436.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×