berita

Mayat Reput, Berbau Busuk Dijumpai Dalam Kolej Kediaman IPTA Di Bangi

May 18th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Siapa sangka kolej kediaman sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang telah dikosongkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini telah membawa penemuan satu mayat wanita. Menerusi Harian Metro, mayat misteri itu dijumpai oleh warden asrama berkenaan yang terhidu bau busuk dari sebuah bilik sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Mayat reput dan berbau busuk

Hasil rondaan dilakukan sepasukan anggota di lokasi kejadian menemui mayat wanita berusia 34 tahun itu.

Mayat wanita itu ditemui di atas lantai tepi katil dan mula mereput serta berbau busuk.

Menurut Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, Ketua Polis Daerah Kajang mengatakan bahawa pihak polis telah menerima panggilan kecemasan daripada warden asrama tersebut jam 12.43 tengah hari. Pihak polis menjumpai mayat wanita tersebut yang berusia 34 tahun di tepi katil dan mayatnya sudah mula mereput serta mengeluarkan bau busuk.

Tiada unsur jenayah

Berdasarkan semakan mendapati mangsa menghidap penyakit kencing manis sejak berusia 16 tahun dan menggunakan insulin. Siasatan awal di lokasi mendapati tidak terdapat perbuatan jenayah terhadap mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Tambahnya lagi, hasil siasatan awal pihak polis mendapati barang milik mangsa yang juga felo asrama berkenaan tidak terusik dan tiada perbuatan jenayah terhadap mangsa. Walau bagaimanapun, hasil semakan mendapati mangsa menghidap penyakit kencing manis sejak berusia 16 tahun dan menggunakan insulin.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×