berita

Mayat Wanita & Bayi Berbau Ditemui Di Ladang Tebu

March 31st, 2023 | by Alia
Kini Trending

Penduduk tempatan menemukan mayat seorang wanita dan bayinya di ladang tebu dalam keadaan kedua-duanya berbau busuk, dipercayai meninggal dunia ketika proses bersalin.

Artikel Berkaitan: Mayat Bayi Ditemui Budak Lelaki 10 Tahun Bawah Blok Apartmen

Artikel Berkaitan: 2 Bulan Lagi Nak Kahwin, Pensyarah Ditemui Mati Dalam Bilik Apartmen Berdekatan Rumah

Ditemui orang awam

Gambar sekadar hiasan

Kejadian yang berlaku di Jawa Timur, Indonesia itu disaksikan oleh tiga orang penduduk tempatan di Desa Kampung Baru yang sedang berteduh di sebuah pondok berhampiran ladang tebu sambil menunggu hujan berhenti.

Semasa berteduh di pondok itu, ada seseorang yang datang kepada mereka dan memberitahu bahawa dia melihat mayat seorang wanita dan bayi di kawasan ladang tebu tidak jauh dari tempat mereka berteduh.

Setibanya mereka di situ, mereka melihat mayat anak-beranak itu membujur kaku dengan terdapat kesan darah kering di paha mayat wanita berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati, mayat wanita yang memakai baju berbelang hitam itu dipercayai dalam anggaran usia 35 tahun. Susulan itu, mayat ibu dan anak tersebut telah dibawa ke Hospital Bhayangkara untuk dibedah siasat.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×