Menurut perkongsian di Facebook yang dibuat oleh Maybank, kebanyakan perkhidmatan tidak boleh diakses pada 11 Disember 2020, Jumaat ini, daripada pukul 11.30 malam hingga 11.59 malam.
Selesaikan transaksi sebelum masa yang ditetapkan
Antara perkhidmatan yang tidak boleh diakses adalah Maybank2u dan Pembayaran Ayas Talian, Aplikasi Maybank2u, Aplikasi MAE, Aplikasi QRPay Biz, Aplikasi Wealth, Pembayaran FPX, IVR, Transaksi Kad Debit, ATM, Smart Recycle Machine (SRM), dan Mesin Deposit Cek.
Maybank turut maklumkan supaya pengguna selesaikan segala pembayaran bil atau transaksi lain, sebelum tidak boleh diakses seperti waktu yang ditetapkan. Pihak maybank juga memohon maaf atas segala kesulitan.
Sumber: Maybank.