berita

MBSA Dakwa Pernah Tawarkan Tapak Gerai Tapi Ditolak Asri Janggut

August 13th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kontroversi melibatkan Pengasas Hot Burger Malaysia iaitu Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut mula menjadi bualan ramai. Kes ini tercetus apabila dia merakam dan memuatnaik video tinjauan mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada segelintir terima habuan ‘tauke’ kedai mesin judi.

Artikel berkaitan: Pegawai Didakwa Terima RM300 Ke RM3,500 Sebulan Lindungi Kedai Haram Sungai Buloh

Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerusi laporan Harian Metro mengeluarkan kenyataan pernah menawarkan Asri Janggut tapak gerai sementara.

Pernah tawarkan tapak

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam iaitu Mohd Rashidi Ruslan berkata pernah menawarkan tapak gerai di Bandar Baru Sungai Buloh kepada Asri Janggut, namun ditolak olehnya. Dia bagaimanapun telah menolak tawaran tersebut dan tetap meneruskan perniagaan di bahu jalan.

Kedegilan tersebut telah menimbulkan isu keselamatan seperti lalu-lintas dan kesesakan sehingga tindakan diambil pihak berkuasa.

Untuk makluman, tindakan penyitaan itu diambil berikutan peniaga berkenaan meninggalkan peralatan perniagaan selepas selesai melakukan aktiviti perniagaan sehingga menyebabkan masalah lalu-lintas dan juga keselamatan pengguna jalan raya.

Sudah beri teguran dan nasihat

Sebelum ini, difahamkan pihak berkuasa MBSA sudah 2 kali melakukan tindakan sitaan terhadap peniaga sama dalam tempoh dua bulan selepas teguran dan nasihat tidak diambil peduli.

Sebelum ini, pihak MBSA sudah memberikan teguran dan nasihat kepada peniaga itu agar tidak meninggalkan peralatan selepas selesai melakukan perniagaan, namun teguran tidak diendahkan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×